Thursday, March 3, 2011

Nasi Kerabu Nyum...nyum

Resepi Nasi Kerabu
Sumber : http://hanamemories.blogspot.com

Utk Nasi

* 3 cawan beras
* 4 cawan air
* 1 batang serai dketuk
* 2-3 daun limau purut
* sedikit pewarna biru

> Beras dbersihkan dan dimasak seperti biasa bersama2 serai,daun limau purut dan pewarna biru.

Utk Sambal Kelapa/Ikan

* 1/2 biji kelapa parut – ditumbuk sedikit (saya guna kelapa kering)
* 2-3 ikan kembung/selayang – dipanggang (saya guna mackerel in sunflower oil- basuh sikit)
* 4 ulas bawang merah
* 1.5cm halia
* 1 batang serai – hiris
* 1 sudu kecil lada hitam
* garam dan gula secukup rasa

> tumbuk bawang merah,halia,serai dan lada hitam.kemudian masukkan isi ikan dan tumbuk sampai lumat.
> kemudian campurkan ngan kelapa parut dan disangai guna api yg kecil sehingga agak kering dan berderai.

Utk Kuah Sambal

* *5 batang cili kering
* *5 ulas bawang merah
* *2 ulas bawang putih
* *2 inci belacan- bakar dulu
* *1.5 inci halia
* 1 batang serai – titik
* gula merah n serbuk perasa jika suka
* 2 cawan santan
* asam keping
* garam

> tumbuk bahan yg bertanda *.
> didihkan santan hingga pecah minyak dan pekat.
> masukkan bahan tumbuk, serai, gula merah dan asam keping.
> didihkan lagik hingga kuah agak2 pekat n kering.
> suaikan rasa dan angkat.

Utk Solok Lada

* 10 biji lada hijau – potong jgn putus dan buang biji
* 1/2 biji kelapa parut putih
* 4 ulas bawang merah
* 1.5 cm halia
* lada itam skit
* 2-3 ekor ikan kembung – ambil isi sahaja
* sedikit garam,gula dan perasa

> Tumbuk bawang,lada itam dan halia hingga lumat dan masukkan garam,gula dan isi ikan.
> tumbuk lagik hingga lumat.
> campurkan ngan kelapa parut dan sebatikan.
> sumbatkan ke dalam lada hijau. susun ke dalam periuk kukus.
> kukus hingga masak. *hana rebus ngan santan jer!

Utk Daging Panggang – bleh buat juga ikan goreng tepung, ayam panggang jika suka

* daging lembu gred A @ daging btg pinang
* garam
* lada hitam

> gaulkan daging dengan garam n lada hitam
> panggang ngan suhu 200 selama 45minit atau hingga daging masak. jgn lama sgt nnti tak juicy!

Ulam-ulaman & bhn lain

* kacang panjang
* taugeh
* timun
* daun kesum
* kubis
* bwg jeruk
* telur masin
* keropok ikan
* sambal belacan


Thursday, February 17, 2011

lawak minyak wangi

Didalam satu bas diwaktu petang semasa ramai orang berebut-berebut untuk pulang ke rumah terdapat seorang gadis yang keadaanya agak resah sedang duduk berdepan dengan seorang lelaki jawa yang sedang berdiri berhimpit-himpit dengan penumpang yang lain. Memang kebiasaannya di waktu begini jalankan jem. Jadi bas tu tak dapat le bergerak dengan sempurna.
Gadis yang resah tu rupanya ..nak terkencing. Tetapi dia tak dapat turun sebab orang ramai dan bas tidak berhenti rumahnya pun jauh lagi. Tahan punya tahan last-last terkencing le sikit. Bila dia perasan dia pun buat-buatle buka handbag dan cuba mencari sesuatu .
Tanpa disedari Jawa didepannya dah perhatikan dia dengan agak lama juga.
Nak jadi cerita orang yang duduk sebelah gadis tersebut pun bangun sebab dah sampai. Jadi gadis tersebut pun alih le ketempat tersebut kerana sit dia
dah basah. Jadi Jawa ni pun nak duduk le. Bila dia tengok basah dia tanye kat gadis tersebut.
"Aduh bu..ngapa tempat ni basah ya"…
Jawab gadis tersebut "Ohh… tadi botol minyak wangi saya tertumpah. Saya cari tutupnya tapi tak jumpa. Dalam beg tangan pun tidak ada".
Jadi Jawa tu pun keluarkan le saputangannya dan lap sebelum duduk. Setelah duduk dia pun cium le saputangan tersebut untuk menghidu wangiannya. Bau-bau punya baru le jawatu tau rupanya air kencing sambil tersenyum jawa tu jawab.."Lo…Kalau minyak wangi jenama ini..Kalau mau, saya ada penutupnya."…..

credit to cari.com

Tuesday, February 8, 2011

lawak baut aku ketawa sorang


Sudah enam bulan Azman tak pegi shopping semata-mata nak himpun duit beli handphone baru. Maka hari ini tercapailah cita-cita Azman untuk memiliki handphone Nokia yang boleh serba serbi itu. Di beleknya handphone kesayangan sambil menekan butang keypad. Bila tiba pada pengaktifan Bluetooth, maka Azman berfikir apakah nama yang sesuai untuk diberikan kepada identiti Bluetoothnya, maka tanpa berfikir panjang Azman menaip "Lancau Bapak Lu!" sambil tersenyum happy.

Satu hari, Azman pegi ke kedai hanphone untuk donlod lagu terbaru, sampai ke kedai Azman terus memesan 20 lagu untuk di donlod ke dalam fonnya. Taukey kedai terus suruh Azman ON kan Bluetoothnya, maka setelah di ON, taukey kedai pun semacam tak percaya terus tanya Azman.

"Ini Lancau Bapak Lu ka" Taukey tanya Azman sambil tunjuk pada handfon Azman.

"Bukan ini handphone gua baru beli" Azman jawab sambil pandang muka taukey kedai semacam jer.

"Wa tau, wa tanya ini Lancau Bapak Lu, lu punya nama ka" Taukey ulang sekali lagi.

Azman terus hilang sabar, di hempuknya muka taukey kedai dengan henfonnya sambil kata...naah amik lancau bapak kau. Taukey terkejut beruk sambil kata "Ini macam punya olang pun ada ka, haiyaa"

Azman belah balik rumah tak jadi donlod.

creadit to cari.com

Sunday, February 6, 2011

tired................

Morning....dah lama tak blogging sblum CNY aritu lagi aduiiii bz maaa.. dahlah tersalah tarikh arinie apuuuuuu...Cny kat sibu meriah dengan letupan mercundan bunga api sampai semalam pon masih ada gak pung pang pung pang but yang paling best masa new year eve fuyooo takpat tido den meletup tgh malam tuuu rasa mcm kat zon perang plak tp sayang tak dpt ambik gambar .....tapikan tahun nie tak mcm tahun lepas tahun nie diorg start dlm kol 2330-0015 je naper ek???? klu thun lepas dari 2330 sampai kol 1am masih meltup sampai jln pon tak nampak hahahahaha tuuu bru meriah.... oklah wa chow luuu

Tuesday, January 25, 2011

sekali aku yang kena

Becakap pasal projek yang aku mention tadi sekali aku palk yang kena kurang asam punya apis dlam diam dier kenakan aku balik..... projek nya camni aku cadangkan yang apis n mad dijual pada mana individu yang berkenan so duit yg dpat utuk cukup2 beli moto untuk 4 org sekali td aku bukak blog dier aku plak yg kena jual cisss apa pon ko rang pilihlah sendiri sapa yg nak di beli mali...mali...... baik punya blang for sale
 senyuman menawan (bleh runding maaaa)
 lidah terjelir hangat dipasaran pujaan ramai starting bit 5k
exotic and rare ckp banyak pun tak guna klu nak sila calll

nilah muka muka yang akan menjayakan projek 1 minggu satu motor aku wakakakakkaa

26/1/11

Salam.... pagi nie datang kerja semangat biasalah semalam bru dpat gaji hahahaha semlam minum ptg minum ngan kwn2 borak2 kosong sampailah satu bab camner nak duit cepat...... so pikir punya pikir dapatlah satu idea nak tahu apa ???? meh sini aku ceritakan hahahahaha waktu tu kita org ada 4 org aku ,ukam, apiz n mad so masuk pasal nak dpt duit cepat nie aku pun dapat lah satu idea yg bernas... idea nya simple tapi 80%boleh berjaya hahahahaha.... so aku kcadangkanlah idea aku nie kat diorg ...ukam dan mad dah ok tinggal apiz sorang je tak sanggup tp klu dier taksanggup takleh jalan idea aku nie.... keuntungan rm 5k sehari tapi dlam sebulan dapat buat 4 kali je kira seminggu sekali lah kerja senang je rilek nyaman dan.... tapi masalah sekarang si apiz nie tak setuju kiteorg bkn pe lps buat kerja nie kitaorg nak beli moto besar sorang sebijik leh lah join biker g miri bike fest bulan 5 nanti tapi apis nie mati2 taknak tuu yg problem tuuuu klulah dier setuju kira hujung bulan nie dapatlah moto 2nd hand 2 bijik kerja untuk 2 bln je 4 bijik leh dpt aduiiii aku malam td sampai termimpi2 nak buat kerja nie tapi sayang apis taknak hahahaha korang nak tau kerja apa tunguuuuuuuuuuu.....................

Sunday, January 23, 2011

24/1/11

Salam  semua...
pagi ini aku dok office mcm hari2 bekerja yg lain takde apa yg menarik cuma pgi nie aku terbaca kat fb pasal member komen crita khurafat...ermmmmm betul ke crita tuuuu the best dlam byk crita seram made in Malaysia???? klu dah semua komen best aku nak gak nengok takpe aku g nonton crita tuu dulu ada masa aku komen lagi....